Thursday, May 29, 2014

::TommeeTippee- A Review::


Mama akan update kalau Naurah sedang tidur sahaja.. ^^
Kalau cakap pasal botol susu ni, dari Naurah lahir sampai lah umur Naurah 5 bulan, Mama tak pernah belikan Naurah botol susu sebab botol susu Naurah pakai semua nya orang bagi hadiah.Jadi selepas 6 bulan takkan la ada orang nak bagi hadiah lagi kan jadi Mama memikirkan botol susu apa yang sesuai untuk Naurah.
Lepas  6 bulan, botol susu yang jenis PP dah tak boleh nak pakai lagi kalau dok asyik masuk dalam air panas. Bila baca blog dan tanya pendapat kawan-kawan, diorang cadangkan supaya cari botol susu yang mother nature, hehe,,jadi dia tak keliru.
Fikir punya fikir punya belek punya tenung..Mama decided to buy a feeding bottle from TommeeTippee for Naurah,
Naurah nampaknya suka dengan TT ni sebab teat nye pendek tak panjang sangat dan lembut.
Botol TT tu mama isi air masak dan madu since Naurah direct feeding dengan mama sepanjang cuti sekolah ni kan.
Mama nak beli botol warna pink TT untuk Naurah tapi cari kat one baby world ada warna putih..sedih pulak..Abah cakap "Ni mak nye ke anak nye yang nak pakai? Nanti Abah cat warna pink la botol ni kalau susah sangat" hehe.. 
Mama dah jumpa botol pink TT untuk Naurah.Harga sangat OK!! nanti kita update lagi ekkkkk??

No comments:

Post a Comment