Thursday, May 29, 2014

::Solid Food for Baby (6 months old )- Puri Pear::

Buah Pear

Mama sangat excited bila buat puri untuk Naurah. Naurah dah nak masuk 7 bulan dah sebenarnya. Ikutkan untuk umur 6-8 bulan ni, baby perlu diperkenalkan dengan makanan yang sihat dan berbentuk puri. Apa tu puri? Puri tu maksudnya makanan yang dikukus dan di blend halus supaya baby dapat telan dengan mudah. Sistem penghadaman baby yang berumur dalam lingkungan 6-8 bulan masih lagi tidak kuat berbanding kanak-kanak yang dah berumur satu tahun ke atas. Jadi perkenalkan makanan sihat seperti buah dan sayur kepada baby supaya dapat cukup nutrient yang diperlukan oleh badan baby.

Mak kata nak jadi ibu kena rajin. Kadang-kadang terlalu banyak alasan untuk kita ibu-ibu yang bekerja untuk tidak memberi makanan segar dan sihat kepada baby kita. Janganla terlalu malas sampai nak bagi makan pun mahu yang segera. Dari kita bagi nestum cerelac moh le mama tunjukkan cara nak buat puri yang sangat mudah ini.

Hanya perlukan:
1. Blender 
2. Pengukus
3. Ice containers
4. Plastik zip
5. Buah atau sayur (mama buat puri pear dulu)
6. Air masak atau susu ibu.

Cara-cara:
1. Basuh dan kupas buah pear ..buang segala hampas dan biji segala macam kayu
2. Potong kecil dan kukus dalam piuk pengukus. Boleh nak rebus tapi nutrient buah pegi ke air..huhu
3. blend boh sikit air..kalau tak blender nye tak bergerak
4. Boleh letak dalam ice containers dan simpan di tempat beku
5. Kalau nak bagi baby makan, amek 2/3 cube puree yg beku tu letak dalam tupperware cairkan dan panaskan dalam air suam.
6. Baby siap untuk ngap



Mudahkan?? tak perlu baby bullet bagai..sangat jimat dan baby pun dapat makanan sihat.
lepas ni Mama nak buat puri pisang, epal, labu, lobak dan keledek untuk Naurah. Nanti Mama update lagi..
semoga bermanfaat!!


No comments:

Post a Comment