Wednesday, July 16, 2014

::Bila Talapia jumpa Shaklee::

Bila talapia jumpa shaklee..bersatu bergabung bangkit berniaga!
Itulah kami.
Si isteri berbisnes shaklee dalam masa yang sama menolong suami bisnes ikan talapia.
Si suami berbisnes ikan talapia dalam masa yang sama menolong isteri menjadi kerani kewangan dan ajk logistik untuk setiap urusniaga shaklee.

Kami bertemu di sekolah rendah.
Berkahwin kampung sebelah-sebelah.
Dapat baby namanya Naurah.
Ya Allah Syukur Alhamdulillah :)

Semoga rezeki ini rezeki yang Kau berkati.. Semoga kami dapat bantu orang lain untuk berubah.Bangkit berniaga!:)

Tuesday, July 15, 2014

::ESP Shaklee + Mealshake = SoyVanilla Shake::







Fuh! Ini memang air favourite saya bila berbuka atau selepas merehatkan perut setelah berbuka puasa. Almaklumlah orang nak turun berat.Jadi tak boleh makan nasi banyak. Bukan tak makan nasi langsung eh, Kesian kat baby Naurah nanti tak dapat zat sebab mamanya sibuk nak berdiet.

Esp shaklee dan mealshake ni bagaikan kombinasi yang hebat bagi saya. Sebab apa? sebab bila kita berbuka dengan kurma diikuti dengan soyvanilla shake ni, terus selera makan kita yang membuak-buak tu jadi merudum. Terus terang, bila start minum shake ni saya jadi kurang nak melantak nasi dan segala lemak-lemak dari kuih atau murtabak atau roti john. Jadi memang minum shake dan ambil main meal seperti nasi + ikan + sayur.

Kalau sahur pun, boleh bancuh esp dan vanilla mealshake. Jadi kalau terlewat sikit bangun takdalah kita menggelabah nak pegi sepahkan dapur cari kuali periuk segala. Hanya cari shaker, air masak atau fresh milk dan bancuh esp shaklee dan mealshake ni kedalam shaker. Goncang dan siap untuk diminum. Alhamdulillah masih cergas seharian walaupun tak makan nasi :)


Apapun jangan lupa minum air masak sekurang-kurangnya 3 L sehari :) supaya kita tak terhidrasi sepanjang berpuasa :)

Selamat menyambut fasa ke 2 dalam bulan Ramadhan :)

Sue Shaklee
Shaklee ID: 1101020
COD area Senai dan Skudai.
SMS.Whatsapp: 0149690511
PENGEDAR SHAKLEE SAH SENAI

Sunday, July 13, 2014

::Shaklee Performance Drink di Bulan Ramadhan::

Di bulan puasa bagi ibu yang menyusukan anak seperti saya ni sangatla letih. Ditambah pulak bekerja. Balik kerja kena siapkan makanan berbuka. Hehe.. Tak mengeluh sekadar ingin menyatakan rutin seharian saya ni. Jadi saya memerlukan tenaga yang lebih  untuk meneruskan ibadah puasa atau dengan erti kata lain perlu cergas sentiasa sepanjang bulan Ramadhan ini.
Bukan saya sahaja yang perlu bertenaga. Anda di luar sana pun perlukan kecergasan di bulan puasa ni kan?

Jadi, Shaklee Performance Drink ini bukan sahaja  telah mengurangkan masalah saya malah menambahkan keperluan tenaga saya sepanjang berpuasa.  Berpuasa tak rasa haus dan lapar. Boleh menyusukan anak dengan tenang dan boleh buat kerja di tempat kerja dan di rumah dengan tenang. :)

Shaklee Performance Drink ni di datangkan khas dengan perasa yang lazat iaitu Natural Orange. Dan kebiasaannya shaklee Performance Drink ni di ambil oleh para athlete atau pun yang suka bersenam.hehe anda suka bersenam? membuat kerja-kerja yang banyak di tempat kerja atau di rumah pun adalah satu senaman. Jadi sangat sesuai mengambil Shaklee Performance Drink. Boleh dibancuh suam dan boleh di tambah ais untuk kesegaran yang nyata! :)

Shaklee Performance Drink boleh diambil ketika sahur dan berbuka puasa sepanjang Ramadhan ini. Boleh di ambil untuk orang dewasa tak kira lelaki atau wanita. Si isteri nak bancuh untuk si suami pun boleh :)
Bagi ibu menyusu, kita boleh tambahkan Shaklee ESP dan Shaklee Performance Drink untuk tambahan tenaga dan mengekalkan susu badan kita. Yang penting jangan lupa ya minum air masak banyak sekurang-kurangnya 3 L sehari :)

Semoga kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadhan yang mulia.
Ramadhan diberkati, Syawal di nanti :)

untuk sebarang pertanyaan atau ingin order produk Shaklee dari saya?

SMS.WHATSSAPP : Sue 0149690511
Shaklee Independent Distributor ID: 1101020
COD area SENAI, SKUDAI dan KULAI

Thursday, July 10, 2014

::Jatuh katil 7 bulan::

Seriau dengar kalau baby jatuh katil la, jatuh buai kan?
Dan ini telah berlaku sendiri pada baby Naurah Hannan. Naurah ni sejak pandai menyelor orang tua kata, dia memang tak boleh dok diam, ada saja Naurah nak cuba.
Kebiasaan nya Naurah ni kalau petang-petang dia nak mengempeng dan tidur atas katil. Nak dijadikan asbab, biasalah bulan ramadhan mama Naurah nak siapkan makanan berbuka jadi kena tidurkan Naurah dulu. Lepas je Naurah Hannan tidur, mama lekas-lekas ke dapur nak masak dan tak teringat yang dia da pandai menyelor untuk turun ke bawah huhu.

Sedang asyik mama di dapur masak nasi, masak lauk, tiba-tiba bunyi "DUP!!!" dan tak terpikir lain dah. Mama terus berlari dan tengok,,huhu Naurah sudah jatuh meniarap di lantai mozek. Huaaaa , lantai langsung takde alas carpet atau toto. Maka tangisan yang nyaring kedengaran 1 rumah. 

Mama yang panik mengangkat Naurah pun berjurai air mata (Puasa nangis! T_T). Mama peluk Naurah kuat-kuat, selawat kat kepala dia, tapi Naurah masih tak berhenti nangis. Hidung Naurah luka dan kuar sikit darah bersama hingus. Sedih sangat time ni.

Mama sangat cuai dan bila abah balik, mama bawak Naurah pergi klinik. Dr test kepala Naurah dan dia cakap " Anak awak takde pape. Lepas ni janganla letak kat katil atau tempat tinggi lagi tanpa pengawasan. Kalau lepas ni jatuh lagi maknanya mak nya tak amek pengajaranlah". huhu dush terkena pada mama.

Naurah, maafkan mama nak. Mama sangat cuai. Lepas ni memang kena berhati-hati. sekarang ni Naurah da pandai mengemas. huhu

Untuk ibu-ibu diluar sana, kalau anak-anak kita jatuh katil, janganlah panik. Observe baby dalam 24 jam. Kalau ada tanda-tanda seperti anak tak aktif seperti biasa, muntah teruk, biru pada muka, darah atau sebagainya, jangan lengah-lengah, cepat-cepat bawa pergi jumpa doktor.

Saya mama baru belajar.
Tapi kena perli dengan kawan "Baru anak satu da jatuh katil..aiseh men" :(

Thursday, June 19, 2014

::Peppermint - Ginger Plus Shaklee::

Perut sebu?
Selalu keluar angin dari badan?
Cuba try peppermint-ginger plus sekarang :)

Amat sesuai bagi ibu hamil yang mengalami alahan muntah loya-loya yang teruk



COD area senai, skudai dan kulai
SID: 1101020
sms/whassup : 0149690511 :)

::Pengedar Shaklee Senai::

Salam Jumaat :)

Saya Sue merupakan pengedar sah Shaklee di Senai :)

Shaklee ID: 1101020
pm/whassup: 0149690511

Sebenarnya tanggapan sudah ramai orang yang telah mencuba dan mengamalkan produk shaklee ini adalah salah. Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu kebaikan produk ini. Saya telah menggunakannya semasa mengandung dan berpantang anak yang pertama dan akan terus menggunakannya. Kalau sesiapa yang berada di area sekitar Senai dan Kulai yang sukar untuk mendapatkan produk shaklee, jangan segan silu untuk menghubungi saya dan anda boleh ajukan pertanyaan tentang pelbagai set shaklee dari set hamil, berpantang sehinggalah untuk seisi keluarga.

Saya bersalin secara pembedahan dan untuk bagi luka cepat sembuh saya mengamalkan set di bawah.


1. Soy protien Powder (ESP): Kandungan protein yang tinggi sangat bagus untuk pembinaan tisu yang baru setelah pembedahan

2. Zink complex : Mempercepatkan luka kering dan sembuh

3. Vita C Sustained Released : Menguatkan antibodi  badan dan sangat bagus untuk kulit.

Yang maspati pati ikan haruan gamat  tu saya makan jugak untuk kekuatan luka dalaman :)

Apa lagi jom ber shaklee dengan saya! :)

COD sekitar senai dan kulai :)

RUGI TAK BELI DAN TAK RUGI BELI! :)


Thursday, May 29, 2014

::Pengalaman bersalin::

Tanggal 6 nov 2013 mama dgn abah telah ke HSA untuk mengadmitkan diri mama. Perasaan nk mengadmitkan diri tu sangat tidak seronok sebab  langsung takda rasa sakit nak bersalin.
Mama ikutkn bersalin kan Naurah 7 nov 2013 tapi sebab mama kena kencing manis masa pregnant dan takda tanda nk bersalin jd doc suruh masuk wad awal.
Mama takde Pengalaman lgsung sebab ngndung sulung.jadi mama memang tawakal dan redha apa yang berlaku.

6 nov 2013 -10 pagiDi bilik saringan..ha bilik ni paling mama tak suka sebab kena cek bukaan time tak sakit nak bersalin..phuiiiii asyik kena marah sebab suka nak angkat pu*****. Doc, saya ni baru nk bersalin anak pertama, klu sy silap teknik tu maaflah.da la sakit kena seluk kena bebel lg dgn nurse..sabar2.."puan, os baru 2 cm ni. Puan masuk ward dulula eh" baru 2 cm??? Aduhai dlm hati lps ni gerenti byk kne cek bukaan. Mengucap panjang mama.


7 Nov 2013 - 11.30 pagi
Mama tengok orang sebelah kiri dan kanan mama da bertukar orang dah.masuk je da boleh bersalin. mama sedih dan pikir " mesti aku terlalu. banyak dosa dengan suami" :(
Abah kata " bersabarlah wahai isteri. Minta ampun dan doa pada Allah semoga dipermudahkn "
:( terima kasih buat abah yang setiap petang lps balik kerja terus jenguk mama dkt hspitl.
Mama taknk tinggal solat sblm nak lahir kn naurah. Mama doa byk2 semoga Allah mudahkn naurah keluar dgn selamat.
"Puan, bukaan puan masih 2 cm.  Da kali ke 2 kan cek bukaan? Jadi kami nak masuk ubat induced eh puan supya bukaan boleh bukak at least 4 cm"
Baik doc.mama kena masuk ubat kot bawah. Pedih :(.ya Allah rasa beratnya ujian nak bersalin.da cukup 40 minggu tapi naurah mcm masih lg suka duduk dalam perut mama.

8 nov 2013 - 5 pagi
Kali ni HO nk cek bukaan lagi
"Puan da masuk ubat kn smlm jadi kami nk cek bukaan lg ye.maaf ye puan.."
"Hurmm masih 2 cm la puan"
.........


8 nov 2013- 11.30 pagi
"Tadi ho dah cek 2 cm.jadi kami nk masukkan ubat lg ye puan.harap lpas ni puan pnye bukaan da bukak 4 cm."
Dalam  hati ni hanya Allah yg tahu hibanya rsa.kwn2 yang dok sekali nk cek os da ade yg 6 cm da. Lemah  lutut. belum nk bersalin lg. . :(


9 nov 2013 - 5.30 pagi
Doc cek bukaan lagi sekali setelah masuk ubt yg ke 2. Mama doa byk2 agar Allah bukakan jln tuk naurah keluar."puan, da 4 cm! Alhamdulillah da boleh masuk labour room" Alhamdulillah ya Allah! ! Mengalir air mata mama bila doc ckap da leh msuk labour room.
9 nov 2013- 6 pagi - 3 petang
Saat nak bertarung nyawa di labour room..saat yang sangat mndeborkan sampai nk patah katil tu mama kerjakan. Dari pukul 6 pagi hingga 3 ptg contraction berlaku sgt kerap rasa nk patah pinggang.habis tangan abah mama cengkam. sakit ya Allah sangat sakit. Dan teramat pelik bila nurse cek bukaan masih 4 cm.dr pakar berkata pd mama" Puan dah lebih 8 jam ni puan tp jln masih 4 cm tp contraction kerap..baby masih tk jumpa jln. kami dah bncg td dgn dr pakar lain. Puan memang kena czer"
Dalam hati mama ckap takpela czer janji naurah dan mama selamat. Mama dah tak berdaya dek menahan sakit contraction yg kerap dan menangkap di pinggang. Abah sentiasa di sisi mama pkikn bju ot tuk mama. Pada saat ni prsaan sgt hiba dan sedih sebab kita tak tau apa yg akn berlaku lps ni. :(


9 nov 2013 - 4-5.13 petang
Mama ditolak diatas katil untuk masuk ke dewan bedah. Abah ikut sama sambil usap kepala mama tp abah tak boleh masuk bilik ot..abah pandang mama dengan muka yg sedih..mengalir air mata mama bila terpandang wajah abah smpi hilang dari pandangan abah.
Setelah di inject ubat bius separuh di bhgian tulang belakang mama. Kaki mama terus kebas seolah2 tak da kaki. Maka bermulalah sesi bedah untuk lahir kn naurah.
Mama dengar doc siat kulit perut..hiris pisau tapi tak rasa sakit.patutla ada ibu hamil yg request nk bersalin czer sebab tak rasa sakit..huu
Saat doc tarik naurah keluar dari perut mama, mama dengar bunyu "duuuuk" pada waktu itulah mama mendengar tangisan naurah yg kuat. Mama sebut Alhamdulillah ya Allah! !! Aku sudah melahirkan anak pertama ku..macam tak percaya! Air mata ni tak henti2 keluar.syukur pd yg Esa. Operation masih blum selesai.
Lalu datang nurse membawa tubuh kecil yg mama teringin nk tgk wajahnya kini sdah didpn mata
"Puan, ni ank puan. .cuba tgk anak apa?"
Mama mmg tidak tahu jantina naurah masa mama mengandung kn naurah sebab klu scan mmg tak nampak.naurah nk surprise kn mama.
"Baby girl..terima kasih nurse"
"Puan susukan dulu"
Naluri ibu dan anak. Naurah tahu nak mencari susu mama. Saat ini perasaan mama sangat terharu.tak sangka mama dapat susukan naurah sungguh pun air susu takda lg waktu tu.
Tepat jam 5.13 ptg Tanggal 9 nov 2013, lahirlah naurah hannan bt md nazri ke dunia..dismbut dgn iqamah dari abah buat naurah.




Naurah,
Membesar lah dengan sihat dan didikan islam yg sempurna.
Doakan mama dan abah jd mama abah mithali buat naurah hannan.
Jadilah ank yg solehah, cemerlang dunia dan akhirat.
Semoga itu menjadi hadiah bagi sgl keperitan dan kepayahan melahirkan naurah hannan,
Semoga itu mnjd bekal buat mama dan abah bila kami sudah tiada nnt.
♥ dedikasi buat hannan bt md nazri


p/s: Buat ibu di luar sana,,bersyukurlah kerna kita diberi nikmat oleh Allah untuk merasai nikmat melahirkan anak.tak kisah la normal ke czer yang penting setiap kita Allah dah bagi kemudahan buat diri masing-masing..semuanya pasti ada hikmah tersendiri..bersyukur kepada Allah ats nikmat anak yang diberi, tak berharta takpa, kerna anak itu lebih bernilai dari harta kekayaan.

Nak tambah lagi... :D

::Solid Food for Baby (6 months old )- Puri Pear::

Buah Pear

Mama sangat excited bila buat puri untuk Naurah. Naurah dah nak masuk 7 bulan dah sebenarnya. Ikutkan untuk umur 6-8 bulan ni, baby perlu diperkenalkan dengan makanan yang sihat dan berbentuk puri. Apa tu puri? Puri tu maksudnya makanan yang dikukus dan di blend halus supaya baby dapat telan dengan mudah. Sistem penghadaman baby yang berumur dalam lingkungan 6-8 bulan masih lagi tidak kuat berbanding kanak-kanak yang dah berumur satu tahun ke atas. Jadi perkenalkan makanan sihat seperti buah dan sayur kepada baby supaya dapat cukup nutrient yang diperlukan oleh badan baby.

Mak kata nak jadi ibu kena rajin. Kadang-kadang terlalu banyak alasan untuk kita ibu-ibu yang bekerja untuk tidak memberi makanan segar dan sihat kepada baby kita. Janganla terlalu malas sampai nak bagi makan pun mahu yang segera. Dari kita bagi nestum cerelac moh le mama tunjukkan cara nak buat puri yang sangat mudah ini.

Hanya perlukan:
1. Blender 
2. Pengukus
3. Ice containers
4. Plastik zip
5. Buah atau sayur (mama buat puri pear dulu)
6. Air masak atau susu ibu.

Cara-cara:
1. Basuh dan kupas buah pear ..buang segala hampas dan biji segala macam kayu
2. Potong kecil dan kukus dalam piuk pengukus. Boleh nak rebus tapi nutrient buah pegi ke air..huhu
3. blend boh sikit air..kalau tak blender nye tak bergerak
4. Boleh letak dalam ice containers dan simpan di tempat beku
5. Kalau nak bagi baby makan, amek 2/3 cube puree yg beku tu letak dalam tupperware cairkan dan panaskan dalam air suam.
6. Baby siap untuk ngap



Mudahkan?? tak perlu baby bullet bagai..sangat jimat dan baby pun dapat makanan sihat.
lepas ni Mama nak buat puri pisang, epal, labu, lobak dan keledek untuk Naurah. Nanti Mama update lagi..
semoga bermanfaat!!


::TommeeTippee- A Review::


Mama akan update kalau Naurah sedang tidur sahaja.. ^^
Kalau cakap pasal botol susu ni, dari Naurah lahir sampai lah umur Naurah 5 bulan, Mama tak pernah belikan Naurah botol susu sebab botol susu Naurah pakai semua nya orang bagi hadiah.Jadi selepas 6 bulan takkan la ada orang nak bagi hadiah lagi kan jadi Mama memikirkan botol susu apa yang sesuai untuk Naurah.
Lepas  6 bulan, botol susu yang jenis PP dah tak boleh nak pakai lagi kalau dok asyik masuk dalam air panas. Bila baca blog dan tanya pendapat kawan-kawan, diorang cadangkan supaya cari botol susu yang mother nature, hehe,,jadi dia tak keliru.
Fikir punya fikir punya belek punya tenung..Mama decided to buy a feeding bottle from TommeeTippee for Naurah,
Naurah nampaknya suka dengan TT ni sebab teat nye pendek tak panjang sangat dan lembut.
Botol TT tu mama isi air masak dan madu since Naurah direct feeding dengan mama sepanjang cuti sekolah ni kan.
Mama nak beli botol warna pink TT untuk Naurah tapi cari kat one baby world ada warna putih..sedih pulak..Abah cakap "Ni mak nye ke anak nye yang nak pakai? Nanti Abah cat warna pink la botol ni kalau susah sangat" hehe.. 
Mama dah jumpa botol pink TT untuk Naurah.Harga sangat OK!! nanti kita update lagi ekkkkk??

Tuesday, May 27, 2014

::Baby Carrier Sweet Cherry TO LET GO::

Baby carrier brand sweet cherry to Let Go
Harga letgo : RM 70
Harga beli : Rm 99
Reason to let go: anak tak suka duduk pakai carrier
Condition: 10/10 (belum pernah pakai)
COD : senai johor
Contact details: 0149690511

Monday, May 26, 2014

::Insha Allah abah boleh!::

Abah Naurah ada temuduga dengan syarikat oil and gas yang berpengkalan di Johor.
Abah Naurah harap sangat yang dia dapat kerja tu.
Tapi pagi tadi dia text Mama Naurah:

Abah memang tak dapat kerja tu. Company baru hantar mesej tak berjaya temuduga
Kesian kat abah. Walaupun abah berlagak cool tapi Mama Naurah tau yang Abah Naurah sedih. Tak mengapalah..mungkin rezeki kita ada di tempat lain.Alhamdulillah Allah kurniakan kita Naurah Hannan yang solehah dan comel :)
Mungkin abah Naurah boleh jadi manager di Pana???
hehe..Go Abah Naurah! You can do it. Do not give up. We are always with you!
Insha Allah abah boleh! :)

Thursday, May 22, 2014

::Kembali Menulis di Maya::

Salam pengenalan dari mama suka tulis
Terima kasih pada suami yang sentiasa memberi galakan untuk menulis setiap pengalaman sebagai seorang ibu.
Pengalaman yang amat berharga semasa mengandung, melahirkan dan membesarkan Naurah Hannan bt Md,Nazri dan lain-lain pengalaman untuk di kongsi bersama sebagai seorang ibu dan pendidik.
Naurah anak mama abah,
Semua coretan buat Naurah..
Semoga Naurah membesar dengan sihat,
dan menjadi anak yang solehah dan bijak dunia dan akhirat.
Segala pengalaman tertulis di sini ;)