Wednesday, July 16, 2014

::Bila Talapia jumpa Shaklee::

Bila talapia jumpa shaklee..bersatu bergabung bangkit berniaga!
Itulah kami.
Si isteri berbisnes shaklee dalam masa yang sama menolong suami bisnes ikan talapia.
Si suami berbisnes ikan talapia dalam masa yang sama menolong isteri menjadi kerani kewangan dan ajk logistik untuk setiap urusniaga shaklee.

Kami bertemu di sekolah rendah.
Berkahwin kampung sebelah-sebelah.
Dapat baby namanya Naurah.
Ya Allah Syukur Alhamdulillah :)

Semoga rezeki ini rezeki yang Kau berkati.. Semoga kami dapat bantu orang lain untuk berubah.Bangkit berniaga!:)

Tuesday, July 15, 2014

::ESP Shaklee + Mealshake = SoyVanilla Shake::







Fuh! Ini memang air favourite saya bila berbuka atau selepas merehatkan perut setelah berbuka puasa. Almaklumlah orang nak turun berat.Jadi tak boleh makan nasi banyak. Bukan tak makan nasi langsung eh, Kesian kat baby Naurah nanti tak dapat zat sebab mamanya sibuk nak berdiet.

Esp shaklee dan mealshake ni bagaikan kombinasi yang hebat bagi saya. Sebab apa? sebab bila kita berbuka dengan kurma diikuti dengan soyvanilla shake ni, terus selera makan kita yang membuak-buak tu jadi merudum. Terus terang, bila start minum shake ni saya jadi kurang nak melantak nasi dan segala lemak-lemak dari kuih atau murtabak atau roti john. Jadi memang minum shake dan ambil main meal seperti nasi + ikan + sayur.

Kalau sahur pun, boleh bancuh esp dan vanilla mealshake. Jadi kalau terlewat sikit bangun takdalah kita menggelabah nak pegi sepahkan dapur cari kuali periuk segala. Hanya cari shaker, air masak atau fresh milk dan bancuh esp shaklee dan mealshake ni kedalam shaker. Goncang dan siap untuk diminum. Alhamdulillah masih cergas seharian walaupun tak makan nasi :)


Apapun jangan lupa minum air masak sekurang-kurangnya 3 L sehari :) supaya kita tak terhidrasi sepanjang berpuasa :)

Selamat menyambut fasa ke 2 dalam bulan Ramadhan :)

Sue Shaklee
Shaklee ID: 1101020
COD area Senai dan Skudai.
SMS.Whatsapp: 0149690511
PENGEDAR SHAKLEE SAH SENAI

Sunday, July 13, 2014

::Shaklee Performance Drink di Bulan Ramadhan::

Di bulan puasa bagi ibu yang menyusukan anak seperti saya ni sangatla letih. Ditambah pulak bekerja. Balik kerja kena siapkan makanan berbuka. Hehe.. Tak mengeluh sekadar ingin menyatakan rutin seharian saya ni. Jadi saya memerlukan tenaga yang lebih  untuk meneruskan ibadah puasa atau dengan erti kata lain perlu cergas sentiasa sepanjang bulan Ramadhan ini.
Bukan saya sahaja yang perlu bertenaga. Anda di luar sana pun perlukan kecergasan di bulan puasa ni kan?

Jadi, Shaklee Performance Drink ini bukan sahaja  telah mengurangkan masalah saya malah menambahkan keperluan tenaga saya sepanjang berpuasa.  Berpuasa tak rasa haus dan lapar. Boleh menyusukan anak dengan tenang dan boleh buat kerja di tempat kerja dan di rumah dengan tenang. :)

Shaklee Performance Drink ni di datangkan khas dengan perasa yang lazat iaitu Natural Orange. Dan kebiasaannya shaklee Performance Drink ni di ambil oleh para athlete atau pun yang suka bersenam.hehe anda suka bersenam? membuat kerja-kerja yang banyak di tempat kerja atau di rumah pun adalah satu senaman. Jadi sangat sesuai mengambil Shaklee Performance Drink. Boleh dibancuh suam dan boleh di tambah ais untuk kesegaran yang nyata! :)

Shaklee Performance Drink boleh diambil ketika sahur dan berbuka puasa sepanjang Ramadhan ini. Boleh di ambil untuk orang dewasa tak kira lelaki atau wanita. Si isteri nak bancuh untuk si suami pun boleh :)
Bagi ibu menyusu, kita boleh tambahkan Shaklee ESP dan Shaklee Performance Drink untuk tambahan tenaga dan mengekalkan susu badan kita. Yang penting jangan lupa ya minum air masak banyak sekurang-kurangnya 3 L sehari :)

Semoga kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadhan yang mulia.
Ramadhan diberkati, Syawal di nanti :)

untuk sebarang pertanyaan atau ingin order produk Shaklee dari saya?

SMS.WHATSSAPP : Sue 0149690511
Shaklee Independent Distributor ID: 1101020
COD area SENAI, SKUDAI dan KULAI

Thursday, July 10, 2014

::Jatuh katil 7 bulan::

Seriau dengar kalau baby jatuh katil la, jatuh buai kan?
Dan ini telah berlaku sendiri pada baby Naurah Hannan. Naurah ni sejak pandai menyelor orang tua kata, dia memang tak boleh dok diam, ada saja Naurah nak cuba.
Kebiasaan nya Naurah ni kalau petang-petang dia nak mengempeng dan tidur atas katil. Nak dijadikan asbab, biasalah bulan ramadhan mama Naurah nak siapkan makanan berbuka jadi kena tidurkan Naurah dulu. Lepas je Naurah Hannan tidur, mama lekas-lekas ke dapur nak masak dan tak teringat yang dia da pandai menyelor untuk turun ke bawah huhu.

Sedang asyik mama di dapur masak nasi, masak lauk, tiba-tiba bunyi "DUP!!!" dan tak terpikir lain dah. Mama terus berlari dan tengok,,huhu Naurah sudah jatuh meniarap di lantai mozek. Huaaaa , lantai langsung takde alas carpet atau toto. Maka tangisan yang nyaring kedengaran 1 rumah. 

Mama yang panik mengangkat Naurah pun berjurai air mata (Puasa nangis! T_T). Mama peluk Naurah kuat-kuat, selawat kat kepala dia, tapi Naurah masih tak berhenti nangis. Hidung Naurah luka dan kuar sikit darah bersama hingus. Sedih sangat time ni.

Mama sangat cuai dan bila abah balik, mama bawak Naurah pergi klinik. Dr test kepala Naurah dan dia cakap " Anak awak takde pape. Lepas ni janganla letak kat katil atau tempat tinggi lagi tanpa pengawasan. Kalau lepas ni jatuh lagi maknanya mak nya tak amek pengajaranlah". huhu dush terkena pada mama.

Naurah, maafkan mama nak. Mama sangat cuai. Lepas ni memang kena berhati-hati. sekarang ni Naurah da pandai mengemas. huhu

Untuk ibu-ibu diluar sana, kalau anak-anak kita jatuh katil, janganlah panik. Observe baby dalam 24 jam. Kalau ada tanda-tanda seperti anak tak aktif seperti biasa, muntah teruk, biru pada muka, darah atau sebagainya, jangan lengah-lengah, cepat-cepat bawa pergi jumpa doktor.

Saya mama baru belajar.
Tapi kena perli dengan kawan "Baru anak satu da jatuh katil..aiseh men" :(